Anugerah Seni Negara | |
---|---|
Semasa: Anugerah Seni Negara 2024 | |
![]() | |
Jenis | Anugerah seni |
Dianugerahkan untuk | Penganugerahan tertinggi oleh Kerajaan Malaysia kepada penggiat seni di Malaysia |
Negara | Malaysia |
Diasaskan | 1993 |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
Anugerah Seni Negara ialah anugerah tertinggi bidang seni yang diiktiraf di Malaysia. Ia mula diperkenalkan pada 1993.[1] Penerima anugerah utama sering digelar sebagai Seniman Negara untuk penerima lelaki dan Seniwati Negara untuk penerima perempuan. Selain anugerah utama, terdapat juga anugerah kategori lain seperti Anugerah Karyawan Seni, Anugerah Pendukung Seni dan Anugerah Bakat Muda.