Anugerah Turing ACM A.M. merupakan hadiah tahunan yang diberikan oleh Persatuan Jentera Perkomputeran (ACM) kepada "individu yang dipilih atas sumbangan yang bersifat teknikal yang dibuat kepada komuniti pengkomputeran"[1]. Anugerah ini dinamakan sempena Alan Turing dan diberikan setiap tahun di Bandar Raya New York.[2] Anugerah ini adalah anugerah tertinggi yang boleh diberikan kepada seorang saintis komputer dan "Hadiah Nobel pengkomputeran".