Arc de Triomphe | |
---|---|
Nama alternatif | Arc de Triomphe de l'Étoile |
Maklumat umum | |
Jenis | Triumphal Arch |
Gaya seni bina | Neoclassicism |
Lokasi | Place Charles de Gaulle (formerly Place de l'Étoile) |
Negara | Perancis |
Koordinat | 48°52′26″N 2°17′42″E / 48.8738°N 2.2950°EKoordinat: 48°52′26″N 2°17′42″E / 48.8738°N 2.2950°E |
Pembinaan bermula | 15 Ogos 1806[1] |
Dirasmikan pada | 29 Julai 1836[2] |
Pemilik | municipality of Paris (en) |
Pengendali | Centre des monuments nationaux (en) |
Maklumat ketinggian | |
Tinggi | 50 m (164 ka) |
Maklumat matra | |
Panjang | 45.08 m |
Lebar | 22.21 m |
Lain-lain matra | Wide: 45 m (148 ka) Deep: 22 m (72 ka) |
Butiran teknikal | |
Bahan | Lutetian limestone (en) , batu kapur |
Reka bentuk dan seni bina | |
Arkitek | Jean Chalgrin Louis-Étienne Héricart de Thury |
Tapak web | |
https://www.paris-arc-de-triomphe.fr | |
sunting · sunting di Wikidata |
Arc de Triomphe de l'Étoile ("Gerbang Kemenangan Dataran Bintang") adalah sebuah tugu di hujung barat Champs-Élysées, Paris, Perancis yang terletak di pusat Dataran Charles de Gaulle - Place de l'Étoile ("Dataran Bintang") merupakan nama asal dataran sempena bentuk "bintang" (Étoile) yang terhasil daripada pencabangan jalan memusat dari dataran tersebut. Binaan ini memperingati askar-askar yang berjuang untuk Perancis, khususnya sewaktu Perang Napoleon terdapat nama semua jeneral dan perang yang diperjuangkan mereka pada bahagian dalam dan atas gerbang. Di bawahnya adalah Makam Askar Tidak Dikenali dari Perang Dunia Dunia.
Tugu ini telah direkabentuk oleh Jean Chalgrin pada 1806 di mana beliau diilhamkan Gerbang Titus yang ada di Roma. Tugu ini berdiri setinggi 49.5 m (162 ka), lebar 45 m (148 ka) dan tebal 22 m (72 ka). Kekubah besarnya setinggi 29.19 m (95.8 ka) dan lebar 14.62 m (48.0 ka). Kekubah kecilnya pula setinggi 18.68 m (61.3 ka) dan lebar 8.44 m (27.7 ka). Ia turut mempunyai ukiran-ukiran pahlawan bogel menentang pahlawan-pahlawan Jermanik berjanggut dalam baju rantai.
Ia merupakan gerbang kemenangan kedua terbesar wujud.[3] Bahkan, saiz ia sangat besar sehingga suatu pesawat dapat diterbangkan melaluinya dengan selamat sepertimana dilakukan Charles Godefroy dengan pesawat bersayap kembar Nieuportnya menyambut penamat Perang Dunia Kedua tahun 1919 yang turut dapat dirakam dalam filem berita.[4] Gerbang ini merupakan binaan menonjol dalam deretan tugu dan jalan raya mewah pada laluan yang memanjang dari halaman dalam Istana Louvre jauh ke pinggiran Paris.[5]