Arif Shah Omar Shah DMSM (Melaka); PJK (Pulau Pinang) | |
---|---|
Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang bagi N10 Seberang Jaya | |
Dalam jawatan 2004–2013 | |
Didahului oleh | Raden Muhamad Amin Raden Hadi Munir |
Digantikan oleh | Afif Bahardin |
Majoriti | 533 (PRU-12) |
Maklumat peribadi | |
Lahir | 2 November 1956 |
Parti politik | Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu |
Pasangan | Datin Latifah Asmawi |
Pertalian | Amin Shah Omar Shah (Abang) Izhar Shah Arif Shah (Anak) |
Anak | 4 lelaki, 1 perempuan |
Kediaman | Persiaran Tenggiri, Seberang Jaya |
Pekerjaan | Ahli Politik |
Bidang pengkhususan | Ahli Perniagaan |
Yang Berbahagia Datuk Arif Shah Haji Omar Shah (lahir 2 November 1956) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau merupakan mantan ADUN Seberang Jaya selama dua penggal (2004-2013).
Beliau dilahirkan pada 2 November 1956 dan merupakan anak ke-4 daripada keseluruhan 10 orang adik beradik. Mengikut Jeff Ooi, penulis blog yang juga Ahli Parlimen Jelutong, beliau merupakan adik kepada Tan Sri Amin Shah Omar Shah, bekas seorang ahli perniagaan Malaysia yang suatu masa dulu terkenal dengan industri perkapalan. Beliau digelar oleh masyarakat Cina setempat sebagai "pek moh" (白毛), bermaksud "bulu putih" dalam Bahasa Hokkien, kerana beliau penuh dengan rambut putih.