Arnab | |
---|---|
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Filum: | |
Kelas: | |
Order: | |
Keluarga: | Leporidae Fischer de Waldheim, 1817
|
Genus | |
Pentalagus |
Arnab (Jawi: ارنب ) merupakan sejenis haiwan mamalia yang tergolong dalam famili Leporidae yang tergolong dalam order Lagomorpha. Arnab mudah dikenali dengan telinganya yang panjang dan tirus, sepasang gigi tengah yang terjojol ke depan, kaki belakang yang besar berbanding kaki depan, serta ekor yang kontot. Arnab boleh hidup secara liar mahupun dijadikan haiwan peliharaan atau ternakan yang memberikan sumber makanan kepada manusia.