Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors.
Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Responsive image


Arsenal F.C.

Arsenal F.C.
Nama penuhArsenal Football Club
GelaranThe Gunners
Diasaskan1886 sebagai Dial Square
StadiumStadium Emirates
(Kapasiti: 60,355[1])
PemilikKroenke Sports & Entertainment
PengerusiSir Chips Keswick
PengurusMikel Arteta
LigaLiga Perdana Inggeris
2020-21Premier League, ke-8
Tapak sesawangLaman kelab
Warna tuan rumah
Warna tempat lawan
Warna ketiga
Musim semasa

Arsenal F.C. (dikenali sebagai Arsenal atau The Gunners) ialah kelab bola sepak profesional England yang berpusat di utara London. Mereka bermain di dalam Liga Perdana Inggeris dan menjadi antara kelab yang paling berjaya di dalam sejarah bola sepak Inggeris. Arsenal telah memenangi tiga belas Divisyen Pertama dan kejuaraan Liga Perdana, sepuluh Piala FA dan telah sampai ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara UEFA buat kali pertama dalam sejarah mereka semasa 2005-06, yang mana mereka telah tewas 1-2 kepada FC Barcelona.

Arsenal telah diasaskan di Woolwich, tenggara London, dalam tahun 1886, tetapi dalam tahun 1913 mereka telah berpindah ke utara merentasi bandaraya itu ke Stadium Arsenal, Highbury, yang mana menjadi rumah mereka sehingga bulan Mei 2006. Dalam bulan Julai 2006 kelab tersebut berpindah Stadium Emirates bertempat duduk 60,000 di Ashburton Grove yang berhampiran. Arsenal mempunyai satu sejarah permusuhan yang panjang dengan jiran Tottenham Hotspur, yang hanya terletak empat batu sahaja di Tottenham, yang mana mereka bermain dalam perlawanan pertembungan London utara.

Arsenal ialah ahli kepada kumpulan G-14 yang terdiri daripada kelab-kelab terkemuka Eropah, sebaris dengan kelab-kelab Barcelona, AC Milan and Manchester United.

Sudah beberapa musim Arsenal hanya memberikan harapan kepada penyokong mereka untuk menjuarai EPL. Contohnya mereka konsisten pada awal musim namun, jatuh dari kejar-mengejar kejuaraan EPL apabila tewas dan tewas namun masih berbangga mengalahkan Chelsea 5-0

  1. ^ "Statement of Accounts and Annual Report 2006/2007" (PDF). Arsenal Holdings plc. May 2007. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2008-02-16. Dicapai pada 2007-12-19.

Previous Page Next Page