Ashgabat
Aşgabat | |
---|---|
Negara | Turkmenistan |
Diasaskan | 1818 |
Penduduk (2009) | |
• Jumlah | 909,000 |
Zon waktu | UTC+5 (UTC+5) |
• Musim panas (DST) | UTC+5 (tidak berkaitan) |
Kod kawasan | 12 |
Laman sesawang | http://ashgabat.gov.tm/en/ |
Ashgabat (Turkmen: Aşgabat) merupakan ibu negara bagi negara Turkmenistan, di Asia Tengah. Bandar ini mempunyai populasi penduduk sebanyak 909,000 (jangkaan bancian 2009) dan ia terletak diantara gurun Kara Kum dan banjaran Kopet Dag. Ashgabat merupakan kawasan populasi utama bagi bangsa Turkmen. Bandar ini juga mempunyai penduduk dari kaum Rusia, Armenia dan Azeri. Kedudukan bandar ini terletak kira-kira 920 km dari bandar Mashhad, iaitu bandar kedua terbesar di Iran.