Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors.
Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Responsive image


Asid deoksiribonukleik

Animasi menunjukkan struktur sebahagian heliks kembar asid deoksiribonukleik

Asid deoksiribonukleik (juga dikenali dengan kependekan bahasa Inggerisnya DNA daripada deoxyiribonucleic acid) merupakan komponen kimia utama kromosom dan merupakan bahan yang menghasilkan gen. Ia kadangkalanya juga dipanggil molekul warisan atas keadaannya yang boleh mewariskan sifat-sifat daripada organisma induk. Dalam proses pembiakan, DNA bereplikasi dan hasilnya dipindahkan kepada zuriat.

Dalam bakteria, organisma sel prokariot, dan organisma rendah yang lain, DNA tersebar di dalam keseluruhan sel. Bagi sel rumit atau sel eukariotik yang membentuk tumbuhan, haiwan dan organisma pelbagai-sel yang lain, kebanyakan DNA terdapat di dalam nukleus sel. Organel penjana tenaga seperti kloroplas dan mitokondria dan kebanyakan virus juga mengandungi DNA.


Previous Page Next Page