Aspirin adalah jenama yang digunakan oleh syarikat Bayer daripada Jerman untuk asid asitilsalisilik, sejenis dadah daripada famili salisilat. Aspirin seringkali digunakan sebagai analgesik, anti-piretik, dan anti-keradangan. Di sesetengah negara, nama ini digunakan sebagai kata generik berbanding cap dagangan syarikat.[1][2]
Aspirin kerap digunakan untuk mengawal demam, flu dan selesema. Namun setelah aspirin dikaitkan dengan sindrom Reye, aspirin tidak lagi digunakan untuk mengawal simptom flu. Pengambilan aspirin pada dos rendah buat jangkamasa yang lama boleh menghalang penghasilan tromboksan A2 di dalam platelet. Tromboksan A2 amat penting dalam menghalang pengagregatan platlet, seterusnya mengurangkan risiko penyakit jantung. Aspirin yang dihasilkan untuk tujuan ini datang dalam bentuk 75 mg pil mudah larut. Antara kesan-kesan sampingan pengambilan aspirin ialah distres gastrousus dan tinitus. Selain itu, pendarahan berlebihan turut berlaku kepada wanita dalam haid disebabkan perubahan kepada sifat anti-gumpal.[3]
|deadurl=
ignored (bantuan)
|deadurl=
ignored (bantuan)