Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors.
Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Responsive image


Assam

Assam
—  state  —
Lokasi Assam di India
Koordinat
Negara  India
Daerah 25
Tarikh ditubuhkan 15 Ogos 1947
Ibu negeri Dispur
Bandar terbesar Guwahati
Gabenor Ajai Singh
Ketua Menteri Tarun Gogoi
Perundangan (kerusi) Tunggal (126)
Penduduk

Kepadatan

26,655,528 (14th)

340/km2 (881/sq mi)

Bahasa rasmi Assam, Bengali, Bodo, Mishing, Karbi
Zon masa IST (UTC+5:30)
Keluasan 78438 km2 (30285 sq mi)
ISO 3166-2 IN-AS
Nota kaki
  • † Assam mempunyai sebuah perundangan sejak tahun 1937
Laman web assam.gov.in

Assam ([aˈsam] Mengenai audio inisebutan ) (Assam: অসম Ôxôm) ialah sebuah negeri di kawasan timur laut India yang beribunegerikan Dispur, sebuah pinggir bandar berhampiran Guwahati. Assam bersama negeri-negeri timur laut yang lain di India (juga dikenali sebagai tujuh bersaudari) ialah satu-satunya negeri India merdeka yang tidak pernah menjadi sebahagian India sebelum kedatangan British. Assam yang terletak di selatan banjaran Himalaya timur ini terdiri daripada lembah sungai Brahmaputra dan Barak serta Bukit-Bukit Karbi Anglong dan Cachar Utara. Dengan keluasan sebanyak 78,438 kilometer persegi (30,285 bt2), kini Assam hampir sama saiznya dengan Ireland atau Austria. Assam dieklilingi enam daripada Seven Sister States yang lain: Arunachal Pradesh, Nagaland, Manipur, Mizoram, Tripura dan Meghalaya. Negeri-negeri ini bersambungan dengan tanah besar India melalui sebatang jalur sempit di Bengal Barat yang bergelar "Leher Ayam".[1] Assam juga berkongsi sempadan antarabangsa dengan Bhutan dandBangladesh; serta kebudayaan, bangsa dan iklimnya bersama Asia Tenggara—unsur-unsur penting dalam Dasar Pandang Timur India.

Teh Assam

Assam terkenal kerana teh Assam, sumber petroleum, sutera Assam dan kekayaan biodiversitinya. Assam telah berjaya memulihara badak sumbu India yang bertanduk satu dari ambang kepupusan di Kaziranga, harimau di Manas dan menyediakan salah sebuah habitat liar yang terakhir untuk gajah Asia. Assam semakin menjadi destinasi popular untuk pelancongan hidupan liar dan terutama sekali, Kaziranga dan Manas merupakan Tapak Warisan Dunia.[2] Assam juga pernah dikenali kerana hutan-hutan dan keluaran hutan pokok Salnya yang kini sudah kekurangan. Asaam yang mengalami curahan hujan banyak ini dikurniakan tumbuh-tumbuhan subur dan Sungai Brahmaputra agung yang cawang-cawang dan tasik-tasik ladamnya memberikan persekitaran hidro-geomorfik dan estetik yang unik kepada rantau ini.

  1. ^ Dixit 2002
  2. ^ World Heritage Centre 2007

Previous Page Next Page






Assam ACE Assam AF አሳም AM Asam AN असम ANP آسام Arabic অসম AS Assam AST असम AWA Assam AZ

Responsive image

Responsive image