Negara | Malaysia |
---|---|
Ibu pejabat | Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia |
Pemilikan | |
Pemilik | Astro |
Sejarah | |
Dilancarkan | 26 Julai 2003 |
Ditutup | 1 Mei 2012 |
Digantikan oleh | Astro Mustika HD (2012–2018) |
Ketersediaan | |
Satelit | |
Astro l | Saluran 109 |
Astro @15 merupakan saluran interaktif 24 jam yang pertama di Malaysia. Mula bersiaran menerusi saluran 15. Disebabkan oleh pertukaran saluran Astro ke nombor tiga digit yang berlaku kepada hampir semua saluran, saluran ini dipindahkan ke saluran 109 namun masih mengekalkan nama lamanya. Astro @15 rasmi melancarkan pada 26 Julai 2003 sempena Astro membongkar logo baharu menyiarkan melalui saluran 15. Ia adalah saluran sembang interaktif, terutamanya tertumpu kepada penonton Melayu.
Saluran televisyen ini menawarkan para penontonnya untuk menghantar mesej dan mesej tersebut akan dipaparkan di skrin sambil mengikuti rancangan yang disiarkan (kebiasaanya rancangan Melayu) serta muzik video lagu-lagu popular. Saluran ini ditamatkan pada 1 Mei 2012. Astro @15, berhenti penyiaran pada tengah malam, 1 Mei 2012. Digantikan oleh Astro Mustika HD pada 21 Mei 2012, manakala program yang disiarkan oleh saluran yang dibawa oleh saluran-saluran Melayu Astro yang lain. Selain itu, Astro mempunyai saluran yang bernama Astro @Play.