Negara | Malaysia |
---|---|
Kawasan siaran | Malaysia |
Ibu pejabat | Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia |
Pengaturcaraan | |
Bahasa | Melayu |
Format gambar | 16:9 HDTV (1080i) |
Pemilikan | |
Pemilik | Astro Malaysia Holdings (Measat Broadcast Network Systems Sdn. Bhd.) |
Induk | Astro |
Saluran kembar | Astro Arena 2 Astro Arena Bola Astro Arena Bola 2 Astro Sports UHD Astro Grandstand Astro Premier League Astro Premier League 2 Astro Football Astro Badminton Astro Sports Plus Astro Cricket |
Sejarah | |
Dilancarkan | |
Menggantikan | eGG Network |
Ditutup | |
Ketersediaan | |
Satelit | |
Astro | Saluran 801 (HD) |
NJOI | Saluran 801 (HD) |
Media penstriman | |
Astro | Astro GO / On Demand / Sooka |
Astro Arena merupakan saluran sukan pertama berbahasa Melayu 24/7 untuk sukan tempatan nombor satu dan terbesar di Malaysia bersama dengan Astro Arena 2. Saluran ini dapat diikuti menerusi saluran 801. Astro menerusi Base Pack (dahulu dikenali Family Pack) bermula 26 Mac 2010. Ia juga merupakan saluran sukan pertama dipancarkan menerusi Astro di bawah Pakej Primary Astro.
Saluran ini bersiaran terus dari Wisma Ali Bawal 2, Petaling Jaya, Selangor. Tetapi sekarang Astro Arena bersiaran dari Bukit Jalil, seperti stesen televisyen lain di bawah Astro.
Astro Ria, Astro Prima, Astro Arena, Astro Awani, Astro Oasis, Astro Warna, Astro Citra, Astro Ceria, Astro Rania, Astro Aura, Astro First dan stesen radio dikawal oleh Astro yang mana siarannya berpusat di Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Pada 19 hingga 30 Ogos 2017, Astro Arena membuat liputan langsung Sukan Asia Tenggara Kuala Lumpur, Malaysia saluran pertama dalam negara.
Pada 15 September 2021, Astro Arena mula menyiarkan drama sukan pertama Malaysia yang bertajuk Kita Regu sehari sebelum perayaan Hari Malaysia pada 16 September 2021.[1]
Permulaan siaran Astro Arena di Bukit Jalil bermula pada 27 Januari 2022 manakala studio-studio Astro Arena di Petaling Jaya akan menyiarkan siaran akhirnya pada 26 Januari 2022.
Pada 15 hingga 21 Ogos 2022, Astro Arena buat pertama kalinya menyiarkan siaran langsung Kejohanan Sepak Takraw Piala Tun Ali yang akan berlangsung di Dewan Bola Keranjang (MBMB) Bukit Serindit, Melaka.[2]
Pada 23 Januari 2023, saluran e-sukan eGG Network telahpun ditamatkan siarannya dan kesemua acara siaran langsung dan kandungan e-sukan akan berpindah ke Astro Arena. Bagi para peminat e-sukan boleh terus menikmati kandungan e-sukan tempatan serta antarabangsa dalam HD melalui saluran Astro Arena (Saluran 801) dan juga Astro Arena 2 (Saluran 802) dalam Bahasa Melayu.
Pada 24 Februari 2023, Astro Arena kembali menyiarkan semula perlawanan Liga Malaysia buat pertama kalinya. Ia siarkan perlawanan semula yang akan bermula secara rasmi melibatkan aksi Piala Sumbangsih antara Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Terengganu FC (TFC) di saluran 803 Astro Arena Bola, saluran 804 Astro Arena Bola 2, saluran 807 Astro Arena Bola 3 dan saluran 808 Astro Arena Bola 4.[3]
Pada 5 hingga 17 Mei 2023, Astro Arena tidak lagi menyiarkan Sukan Asia Tenggara Phnom Penh, Kemboja. Sukan Asia Tenggara Phnom Penh, Kemboja itu akan diambil alih secara langsung di saluran Okey dan saluran Sukan RTM sahaja.[4]
Pada 26 Mei 2023, Astro Arena kembali menyiarkan semula perlawanan Emas Anuar STL 2022/23 Piala Sumbangsih buat pertama kalinya. Ia siarkan perlawanan semula yang akan bermula secara rasmi melibatkan aksi ATM Guardians lwn Melaka Titans di saluran 801 Astro Arena HD.
Pada 4 Mei 2024, Astro Arena Bola dan Arena Bola 2 telah dialihkan keluar dari pakej Liga Malaysia dan ia percuma untuk semua pelanggan Astro sahaja. Untuk pelanggan NJOI, perlu melanggan pek HD atau Sports Mega Pack.
Pada 26 Ogos 2024, Astro Arena kembali menyiarkan semula perlawanan STL 2024. Ia siarkan perlawanan semula yang akan bermula secara rasmi melibatkan aksi Selangor Pistons lwn Labuan Drillers di saluran 801 Astro Arena HD sempena ulang tahun ke-10 STL.
Pada 17 Oktober 2024, Astro Arena secara rasmi menukarkan logonya berikutan dengan penjenamaan semula saluran sukan Astro dan merombak semula saluran sukan Astro.