Jenis/bentuk sah | Perniagaan |
---|---|
Industri | Televisyen digital |
Ditubuhkan | 11 Disember 2009 |
Ibu pejabat | Malaysia |
Kawasan perkhidmatan | Malaysia |
Keluaran | Penyarekod Video Persendirian, IPTV |
Pemilik | Astro Malaysia Holdings |
sunting · sunting di Wikidata |
Astro B.yond (digayakan pada logo sebagai b.yond dan sekarang dikenali sebagai Astro B.yond HD Box) ialah sebuah perkhidmatan pertama televisyen berdefinisi tinggi (HDTV) di Malaysia yang dibangunkan dan dikendalikan oleh Astro Malaysia pada 11 Disember 2009. Pada pelancarannya, perkhidmatan ini telah dianggarkan menelan belanja kira-kira RM200 juta, termasuk kos pemasaran dan operasi kira-kira RM150 juta, sepanjang tahun kewangan akan datang, mendahului hasil dan pendapatan daripada perkhidmatan ini. Ia merupakan perkhidmatan HD yang masih hidup sehingga kini di Malaysia dengan adanya set dekoder baharu Astro, Astro Connected Box bagi Ultra Box dan Ulti Box serta merupakan sebuah cabang utama menggantikan set dekoder Astro MAX yang dihentikan pada 10 Oktober 2010 berikutan dengan kontorversi.