Negara | Malaysia |
---|---|
Kawasan siaran | Malaysia |
Ibu pejabat | Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia |
Pengaturcaraan | |
Bahasa | Inggeris |
Format gambar | 4K UHDTV (2160p) 16:9 HDTV (1080i) |
Pemilikan | |
Induk | Astro Malaysia Holdings |
Saluran kembar | Astro Arena Astro Arena 2 Astro Arena Bola Astro Arena Bola 2 Astro SuperSport 2 Astro SuperSport 3 Astro SuperSport 4 Astro Cricket |
Sejarah | |
Dilancarkan | 3 Ogos 1997 (SD) 11 Disember 2009 (HD) 1 Julai 2022 (4K UHD) |
Pengasas | Ananda Krishnan |
Menggantikan | Astro UHD |
Ditutup | 30 November 2020 (SD) 1 April 2022 (HD) 17 Oktober 2024 (4K UHD & HD) |
Digantikan oleh | Astro Grandstand Astro Premier League Astro Premier League 2 Astro Football Astro Badminton Astro Sports Plus Astro Sports UHD (Digantikan Astro SuperSport UHD) |
Nama dahulu | SuperSport (3 Ogos 1997 - 28 September 2003) |
Astro SuperSport (awalnya menggunakan nama SuperSport hingga 28 September 2003) merupakan sebuah saluran televisyen satelit berbayar di Malaysia dan mengkhusus dalam menyiarkan kandungan berkaitan sukan selama 24 jam Rangkaian ini boleh didapati di platform Astro melalui Astro Supersport (Saluran 811) khas untuk pelanggan Sports Pack sahaja. Saluran ini dengan salah satu saluran sukan Astro yang asal serta menawarkan pelbagai acara sukan tahunan bertaraf antarabangsa termasuklah bola sepak, badminton, sukan permotoran, ragbi, bola tampar golf dan WWE
Telekom Malaysia Berhad telah mengikat perjanjian dengan Astro Malaysia Holdings Berhad untuk menyiarkan Astro SuperSport HD dan Astro SuperSport 2 HD melalui rangkaian perkhidmatan HyppTV selama tiga tahun. Kandungan kejohanan sukan yang disiarkan melalui saluran ini termasuklah beberapa perlawanan Liga Perdana Inggeris.[1]
Apabila kejohanan sukan antarabangsa yang berprestij dijalankan, akan berlaku penambahan saluran untuk membolehkan liputan khas secara langsung disiarkan.
Saluran ini menjadi peneraju kepada kaedah penyiaran di Asia Tenggara melalui Saluran 811. Rangkaian ini telah menyiarkan program studio berkaitan kejohanan sukan terbesar dalam versi HD seperti Liga Perdana Inggeris dan Piala Dunia FIFA sejak 2010 dan program sukan daripada majalah iaitu FourFourTwo sejak 2011.
Setelah 28 tahun bersiaran, Astro SuperSport akhirnya secara rasmi digantikan dengan saluran sukan Astro baharu seperti Astro Grandstand, Astro Premier League (gantian Astro SuperSport 1), Astro Premier League 2 (gantian Astro SuperSport 2), Astro Football (Astro SuperSport 4), Astro Badminton dan Astro Sports Plus. Turut juga dengan perubahan berlaku dengan Astro SuperSport UHD yang dimanakah ia digantikan kepada Astro Sports UHD. Semua itu berlaku pada 17 Oktober 2024 berikutan dengan penjenamaan semula saluran sukan Astro dan merombak semula saluran sahaja.