Atlas | |
---|---|
Titan daya tahan dan astronomi | |
Farnese Atlas, perwakilan tertua sfera samawi yang diketahui. | |
Tempat tinggal | Pinggir barat Gaia (Bumi) |
Maklumat peribadi | |
Ibu bapa | |
Pasangan | |
Zuriat | |
Equivalents | |
Kesetaraan Rom | Atlas |
Dalam mitologi Yunani, Atlas (أطلس; Átlas) adalah Titan yang dihukum untuk menongkat langit angkasa selama-lamanya selepas Titanomaki. Atlas juga memainkan peranan dalam mitos dua wira Yunani yang paling besar: Heracles (kesetaraan Rom ialah Hercules) dan Perseus. Menurut penyair Yunani purba Hesiod, Atlas berdiri di hujung bumi di barat lampau.[1] Kemudian, dia menjadi biasa dikenali dengan Pergunungan Atlas di barat laut Afrika dan dikatakan sebagai "Raja Mauretania".[2] Atlas dikatakan mahir dalam falsafah, matematik, dan astronomi. Pada masa dahulu, dia dikreditkan dengan mencipta sfera samawi pertama. Dalam beberapa teks, dia juga dikreditkan dengan penciptaan astronomi itu sendiri.[3]
Atlas adalah anak kepada Titan Iapetus dan Oceanid Asia[4] atau Clymene[5]. Dia mempunyai banyak anak, kebanyakannya anak perempuan, Hesperides, Hyades, Pleiades, dan nimfa Calypso yang tinggal di pulau Ogygia.[6]
Istilah Atlas telah digunakan untuk menggambarkan koleksi peta semenjak abad ke-16 ketika ahli geografi Jerman-Flemish Gerardus Mercator menerbitkan karya untuk menghormati mitos Titan. "Lautan Atlantik" bermaksud "Laut Atlas", manakala "Atlantis" bermaksud "pulau Atlas", dengan beberapa mitos yang memanggil dewa ini seorang raja Atlantis.
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama 517–520
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Smith
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Diodorus
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Pseudo-Apollodorus2
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Asia2
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Daughter2