Yang Berhormat Pehin Dato Awang Isa bin Awang Ibrahim ialah seorang pembesar Brunei. Pada masa ini, beliau memegang jawatan sebagai Penasihat Khas Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam kerajaan Brunei.[1][2] Beliau juga merupakan seorang Manteri, iaitu golongan pembesar diraja, dengan gelaran 'Pehin Orang Kaya Laila Setia Bakti Diraja'.[3]