Ayam | |
---|---|
Ayam jantan (kiri) dan ayam betina (kanan) | |
Dibelajinakkan
| |
Pengelasan saintifik | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Haiwan |
Filum: | Chordata |
Kelas: | Aves |
Order: | Galliformes |
Keluarga: | Phasianidae |
Genus: | Gallus |
Spesies: | |
Subspesies: | G. g. domesticus
|
Nama trinomial | |
Gallus gallus domesticus |
Ayam (Jawi: ايم ; Gallus gallus domesticus) merupakan sejenis unggas bela jinak dan subspesies kepada ayam hutan merah. Ayam merupakan antara haiwan bela jinak yang paling umum dan meluas sekali dengan jumlahnya melebihi 19 bilion ekor setakat tahun 2011.[1] Manusia membela ayam terutamanya sebagai sumber makanan dalam bentuk daging mahupun telurnya. Ayam umumnya tidak dapat terbang, dapat dijinakkan dan dipelihara.
Kajian genetik menunjuk ke arah pelbagai asal-usul sakanya di Asia Selatan, Tenggara dan Timur,[2] bahkan dengan kladnya ditemui di benua-benua Amerika, Eropah, Timur Tengah dan Afrika yang berasal dari subbenua India. Ayam bela jinak diimport dari India ke negara Lydia di barat Asia Kecil, kemudian ke Yunani menjelang abad ke-5 Sebelum Masehi.[3][4] Ayam sudah dikenali di Mesir sejak pertengahan abad ke-15 Sebelum Masehi, dengan kedatangan "burung yang beranak setiap hari" ke Mesir dari tanah di antara Syria dan Shinar, Babylonia, menurut babad Thutmose III.[5][6][7] Genom ayam kurang sekali berubah daripada leluhur berbulu pelepah yang terhapus oleh peristiwa kepupusan Kapur–Paleogen berbanding genom dinosaur keburungan yang telah dijujukkan setakat ini.[8]
|laast3=
ignored (bantuan); Unknown parameter |last-author-amp=
ignored (bantuan); |first3=
missing |last3=
(bantuan)