Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors.
Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Responsive image


Ayam geprek

Ayam geprek
Sepinggan ayam geprek, ayam goreng dicampur sambal
JenisAyam goreng Sunting ini di Wikidata
Jenis sajianUtama
Tempat asalYogyakarta, Indonesia
Kawasan/rantauIndonesia
Dicipta olehRuminah daripada Yogyakarta[1]
Suhu penghidanganpanas
Bahan utamaayam goreng tepung yang diketuk/digiling dan disajikan dengan sambal
Bahan yang biasa digunakanAyam goreng, Cili, bawang putih, garam Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Ayam geprek (Hanacaraka: ꦄꦪꦩ꧀​ꦒꦼꦥꦿꦺꦏ꧀, Pitik geprèk) merupakan ayam goreng tepung khas Indonesia yang digiling atau dilumatkan bersama sambal bajak.[2] Kini ayam geprek telah menjadi hidangan terkenal yang dapat ditemukan di hampir semua bandar besar di Indonesia, tetapi asal mula ayam geprek berasal daripada kota Yogyakarta.[1]

Geprek merupakan istilah dalam Bahasa Jawa yang bererti "dipukul", "ditekan", atau "dilumatkan", maka ayam geprek bererti "ayam yang dipukul".[3] Masakan ini hampir sama dengan masakan Jawa tradisional ayam penyet, kerana kedua-duanya adalah sama-sama ayam goreng yang dipukul dan ditekan menggunakan penggiling dan dicampur dengan sambal.

Perbezaannya adalah, ayam penyet adalah ayam goreng tradisional Jawa yang diungkep dengan bumbu kuning, kemudian digoreng celur dalam minyak goreng panas. Sementara ayam geprek lebih sama dengan ayam goreng gaya barat (lazim disebut fried chicken Amerika), iaitu ayam goreng tepung yang rangup yang dilapisi dengan bater sebelum digoreng.

  1. ^ a b Agmasari, Silvita (27 April 2018). "Ini Warung Ayam Geprek yang Diklaim Pertama di Indonesia". KOMPAS.com (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2019-12-30.
  2. ^ Post, The Jakarta. "Three places to enjoy fiery hot 'ayam geprek'". The Jakarta Post (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2019-12-30.
  3. ^ Agmasari, Silvita (27 April 2018). "Apa Bedanya Ayam Geprek dan Ayam Penyet?". KOMPAS.com (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2019-12-30.

Previous Page Next Page






Ayam geprek English Ayam geprek ID Pitik geprèk JV

Responsive image

Responsive image