Azimat (menyerap dari Arab: عزيمة, rumi: `azīmah "ketekadan, keteguhan niat..."[1]) atau tangkal (Jawi: تڠكل ) merupakan sesuatu benda yang dipercayai memberikan tuah dan/atau perlindungan kepada pemiliknya. Objek sebegini terdapat dalam pelbagai jenis dan bentuk termasuk permata, patung, syiling, lukisan, loket, cincin, tumbuhan, haiwan, dan sebagainya ataupun kata ucapan yang disebut dalam keadaan tertentu misalnya: vade retro satana (Latin, "pulanglah wahai Syaitan"), untuk menghindari kejahatan atau nasib malang.