Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors.
Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Responsive image


Azman Yusof

Azman Yusof
KelahiranAzman Yusof
1955 (umur 69–70)
Kota Bharu, Kelantan
KewarganegaraanMalaysia Malaysia

Ralat ungkapan: Pengendali < tidak dijangka

Azman Yusof, lahir pada tahun 1955 di Kota Bharu, Kelantan dan beliau adalah salah seorang Pengarah Penerbitan CESB ketika mula ditubuhkan. Beliau merupakan salah seoorang pelukis komik dan ilustrator di Malaysia. Hasil sentuhannya dapat dilihat dikebanyakkan novel-novel terbitan CESB. Beliau mula menceburi dalam bidang komik melalui Tiada Maaf Bagimu (Syarikat Penerbitan Knight - 1970-an)- sebuah komik format 40 muka surat bersaiz A5. Beliau mula berkarya bersama-sama dengan Mohas, Nik Nordin, Rizalman sebagai kartunis bebas. Beliau masih lagi aktif melukis dan cukup terkenal dengan media cat minyak, warna air dan akrilik hingga kini.

Sebelum menyertai CESB, beliau menjadi ilustrator kepada syarikat Amir Enterprise yang menerbitkan majalah Kisah Cinta, majalah Sarina dan novelet-novelet terbitan syarikat itu. Hasilkaryanya dalam bidang komik seterusnya disumbangkan kepada mahalah Bambino dan Rina (Syarikat Suarasa) buat beberapa tahun sebelum penubuhan CESB. Ketika bersama majalah Gila-Gila, beliau menyumbang Lipat-Lipat dan poster-poster kalendar menarik seperti pahlawan Melayu 5 Bersaudara.

Pada 18 Mac 2010, Azman Yusof telah dilantik sebagai Pelukis DiRaja Selangor oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj.[1]


Previous Page Next Page








Responsive image

Responsive image