Badak raya Badak Jawa Julat zaman: Pleistosin - Kini
| |
---|---|
R. s. sondaicus di London Zoo dari Mac 1874 sehingga Januari 1885 | |
Pengelasan saintifik | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Haiwan |
Filum: | Chordata |
Kelas: | Mammalia |
Order: | Perissodactyla |
Keluarga: | Rhinocerotidae |
Genus: | Rhinoceros |
Spesies: | R. sondaicus[1]
|
Nama binomial | |
Rhinoceros sondaicus[1] | |
Subspesies | |
| |
Julat kawasan Badak Raya |
Badak raya (Jawi: بادق راي ) atau badak Jawa (Rhinoceros sondaicus) merupakan mamalia ahli keluarga Rhinocerotidae dan satu dari lima badak sumbu. Ia tergolong dalam genus yang sama seperti badak sumbu India, dan mempunyai kulit mosaicked yang menyerupai perisai, tetapi sepanjang 3.1–3.2 m (10–10.5 kaki) dan setinggi 1.4–1.7 m (4.6–5.8 kaki) tinggi, ia adalah lebih kecil berbanding badak India, dan lebih hampir dari segi saiz dengan badak Hitam. Tanduknya biasanya kurang dari 20 cm (8 inci), lebih kecil berbanding spesies badak yang lain.
Dahulunya adalah satu badak Asia yang paling luas taburannya, badak raya terdapat di kepulauan Indonesia, sepanjang Asia Tenggara, dan sehingga ke India dan China. Spesies ini kini amat terancam, dengan hanya dua populasi secara liar dan tiada di zoo. Ia kemungkinannya mamalia besar paling jarang dijumpai di dunia.[4] Populasi sekitar 40–50 hidup di Taman Negara Ujung Kulon di pulau Jawa di Indonesia dan populasi kecil, dianggarkan pada 2007 tidak melebihi lapan, hidup di Taman Negara Cat Tien di Vietnam. Kemerosotan badak Raya dikatakan disebabkan oleh pemburuan haram, terutama bagi tanduknya, yang amat dihargai dalam perubatan tradisional Cina, bernilai sehingga US$30,000 se kilogram di pasaran gelap.[4] Kehilangan habitat, terutamanya disebabkan oleh perperangan, seperti Perang Vietnam, di Asia Tenggara, turut menyumbang kepada kemerosotan spesies dan menghalang pemulihan.[5] Kawasan yang tinggal hanya dalam kawasan dilindungi di dua negara, tetapi badak raya masih terancam oleh pemburu haram dan kehilangan kepelbagaian genetik mendorong kepada kemerosotan biak dalaman (inbreeding depression).
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Desmarest1822
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Dinerstein