Celtik | |
---|---|
Taburan geografi: | Dahulu tersebar luas di kebanyakan Eropah dan tengah Anatolia; hari ini Cornwall, Wales, Scotland, Ireland, Brittany, Pulau Man, Wilayah Chubut (Y Wladfa), dan Nova Scotia |
Klasifikasi bahasa: | Indo-Eropah
|
Bahasa-proto: | Celtik Purba |
Pembahagian: |
|
ISO 639-2 / 5: | cel |
Linguasphere: | 50= (phylozone) |
Glottolog: | celt1248[1] |
![]() Taburan penutur Celtik:
Kawasan Budaya Hallstatt,abad ke-6 SM
Peluasan Celtik maksimum, s. 275 SM
Kawasan Lusitania; hubungan dengan bangsa Celt tidak jelas
Kawasan di mana bahasa Celtik digunakan pada Zaman Pertengahan
Kawasan di mana bahasa Celtik masih dituturkan secara meluas hari ini |
Sebahagian daripada siri |
Topik-topik Indo-Eropah |
---|
![]() |
Bahasa-bahasa Celtik (AFA: /keltik/; Jawi: بهاس٢ کيلتيک ) ialah cabang rumpun bahasa Indo-Eropah, yang berasal daripada bahasa Celtik Purba.[2] Istilah "Celtik" pertama kali digunakan untuk kumpulan bahasa ini oleh Edward Lhuyd pada tahun 1707,[3] mengikut Paul-Yves Pezron, yang telah menghubungkaitkan orang Celt yang diceritakan oleh penulis-penulis klasik dan bahasa-bahasa Wales dan Breton.[4]
Semasa alaf pertama SM, bahasa Celtik dituturkan di kebanyakan Eropah dan Anatolia tengah. Hari ini, ia hanya dituturkan di pinggir barat laut Eropah dan beberapa komuniti diaspora . Terdapat enam bahasa hidup: empat bahasa yang masih hidup Breton, Ireland, Gaelik Scotland dan Wales, dan dua bahasa yang dihidupkan semula Cornish dan Manx. Kesemuanya adalah bahasa minoriti di negara masing-masing, namun terdapat usaha berterusan untuk menggiatkannya semula. Bahasa Wales ialah bahasa rasmi di Wales, dan Ireland ialah bahasa rasmi Ireland dan Kesatuan Eropah. Bahasa Wales ialah satu-satunya bahasa Celtik yang tidak diklasifikasikan sebagai terancam oleh UNESCO. Bahasa Cornish dan Manx telah pupus pada zaman moden tetapi telah dihidupkan semula. Masing-masingnya kini mempunyai beberapa ratus orang yang menuturnya sebagai bahasa kedua.
Bahasa Ireland, Manx dan Gaelik Scotland membentuk bahasa-bahasa Goidelik, manakala bahasa Wales, Cornish dan Breton ialah bahasa-bahasa Brittonik. Semua ini bahasa-bahasa Celtik Kepulauan, kerana Breton, satu-satunya bahasa Celtik hidup yang dituturkan di Eropah tanah besar, diturunkan daripada bahasa peneroka-peneroka Britain. Terdapat beberapa bahasa Celtik tanah besar yang telah pupus tetapi terbukti pernah wujud, seperti Celtiberia, Galatia dan Gaul. Selain itu tidak ada persetujuan mengenai pembahagian keluarga bahasa Celtik. Ia boleh dibahagikan kepada P-Celtik dan Q-Celtik.
Bahasa-bahasa Celtik mempunyai tradisi sastera yang kaya. Spesimen terawal tulisan Celtik ialah inskripsi bahasa Lepontik dari abad ke-6 SM di Pergunungan Alp. Inskripsi awal dari tanah besar Eropah menggunakan sistem tulisan Italik dan Paleohispanik. Antara abad ke-4 dan ke-8, bahasa Ireland dan Pict kadangkala ditulis dalam tulisan asli, Ogham, tetapi tulisan Rumi mula digunakan untuk semua bahasa Celtik. Bahasa Walse mempunyai tradisi sastera yang tidak habis dari abad ke-6 Masihi.