Bahasa-bahasa Iban | |
---|---|
Dayak Melayu | |
Taburan geografi: | Borneo barat |
Klasifikasi bahasa: | Austronesia
|
| |
Glottolog: | iban1263[1] |
Bahasa-bahasa Iban ialah cabang keluarga bahasa-bahasa Melayu yang berasal dari Borneo barat. Ia dituturkan oleh orang Iban dan kumpulan berkaitan di Malaysia Timur dan wilayah Kalimantan Barat Indonesia. Bahasa-bahasa Dayak lain, yang dipanggil bahasa-bahasa Dayak Darat, yang bukan dari keluarga bahasa-bahasa Iban, terdapat di sudut barat laut Kalimantan, antara bahasa-bahasa Melayu rumpun Iban dan bukan rumpun Iban seperti bahasa Kendayan dan loghat Melayu di Sarawak dan Pontianak.
Istilah "bahasa-bahasa Iban" (Ibanic) dicipta oleh Alfred B. Hudson, yang merupakan antara yang pertama menyiasat hubungan genetik pelbagai bahasa yang dilompokkan bersama di bawah nama "bahasa Dayak" di Borneo Barat.[2] Bahasa-bahasa Iban telah diklasifikasikan pelbagainya sebagai di bawah subkumpulan "bahasa-bahasa Dayak Melayu"[2] atau "bahasa-bahasa Melayu Borneo Barat"[3] bersama-sama dengan bahasa Kendayan dan kelainan yang berkaitan, atau sebagai sebahagian daripada subkumpulan "Melayu Induk" bersama-sama loghat-loghat Melayu yang lain.[4]