Bahasa Austronesia Purba | |
---|---|
PAN | |
Rekonstruksi | Bahasa-bahasa Austronesia |
Rantau | Taiwan |
Rekonstruksi turutan |
Bahasa Austronesia Purba (singkatan PAN) [1] ialah bahasa leluhur hipotesis kepada bahasa-bahasa Austronesia, salah satu keluarga bahasa utama di dunia, yang merangkumi bahasa Melayu. Bahasa Austronesia Purba difahamkan mula muncul di pulau Taiwan sebelum berpecah pada sekitar 5,500-6,000 SM.[2] Bentuk leluhur atau induk bahasa ini telah dikaji melalui kaedah perbandingan pelbagai bahasa yang wujud di bawah rumpun Austronesia ini.