Bahasa Cam | |
---|---|
Asli kepada | Kemboja, Vietnam, Thailand, China (Pulau Hainan), beberapa buah negara engan imigran terkini |
Penutur bahasa | 250,000 (2007) |
Austronesia
| |
Dialek/loghat |
|
Abjad Cam (Vietnam), Arab (Kemboja) | |
Status rasmi | |
Bahasa rasmi di | tiada, diakui sebagai bahasa minoriti di Kemboja dan Vietnam |
Kod bahasa | |
ISO 639-3 | Salah satu:cja – Cam Baratcjm – Cam Timur |
ELP | Eastern Cham |
Bahasa Cam ialah bahasa tuturan orang Cam di tanah besar Asia Tenggara, dan bahasa bekas kerajaan Campa di Vietnam tengah. Salah satu anggota cabang Melayu-Polinesia daripada keluarga bahasa-bahasa Austronesia, bahasa ini dituturkan oleh 100,000 orang dan di Vietnam dan sehingga 220,000 orang di Kemboja (anggaran 1992). Ada populasi kecil penutur di Thailand dan Malaysia. Bahasa-bahasa Camik lain dituturkan di Vietnam (Raglai, Rhade, Carai, Chru, H'roi) dan di Pulau Hainan di China (bahasa Ucat). Bahasa Cam mempunyai kaitan dengan bahasa-bahasa Melayu-Polinesia di Indonesia, Malaysia, Madagaskar, dan Filipina. Bahasa ini pernah mempunyai takat lebih luas dan mungkin bilangan penutur lebih besar kerana merupakan bahasa utama empayar Campa.