Bahasa Esperanto | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Esperanto | |||||||||
Sebutan | /es.pe.ran.to/ (IPA) | ||||||||
Dicipta oleh | Ludwig Lazarus Zamenhof | ||||||||
Dicipta pada | 1887 | ||||||||
Latar dan penggunaan | Bahasa perantaraan antarabangsa | ||||||||
Pengguna | Ibunda: 1,000 (2011), Pengguna Bahasa Ke-2: 30,000-180,000 (2017) | ||||||||
Penggunaan | Bahasa buatan
| ||||||||
Skrip Latin | |||||||||
Sumber | Berdasarkan bahasa-bahasa Eropah, dengan kosa kata yang bersumberkan dari bahasa Romawi dan bahasa Jermanik | ||||||||
Status rasmi | |||||||||
Dikawal selia oleh | Akademio de Esperanto | ||||||||
Kod bahasa | |||||||||
ISO 639-1 | eo | ||||||||
ISO 639-2 | epo | ||||||||
ISO 639-3 | epo | ||||||||
|
Bahasa Esperanto ialah bahasa buatan antarabangsa yang ditutur dengan paling meluas. Namanya berasal daripada perkataan Doktoro Esperanto, nama samaran yang L. L. Zamenhof menggunakan ketika menerbitkan Unua Libro buat pertama kali pada tahun 1887. Matlamat Zamenhof ialah untuk mewujudkan sebuah bahasa yang mudah dan fleksibel sebagai bahasa kedua sejagat untuk menggalakkan keamanan dan persefahaman antarabangsa.
Walaupun tiada negara telah menggunapakai bahasa itu secara rasmi, bahasa Esperanto telah digunakan secara berterusan oleh sebuah komuniti yang dianggarkan antara 100,000 hingga dua juta orang penutur serta lebih seribu penutur bahasa ibunda. [1] Tidak ada sesiapa yang boleh mengira bilangan penutur bahasa Esperanto di zaman internet. Tapak pembelajaran percuma banyak dan ia mungkin lebih ramai pengguna bahasa Esperanto pada hari ini.
Pada hari ini, bahasa Esperanto telah digunakan untuk pelancongan dunia, persuratan, pertukaran budaya, konvensyen, kesusasteraan, pengajaran bahasa, televisyen (Internacia Televido) dan penyiaran radio. Sesetengah sistem pendidikan negara menawarkan kursus-kursus pilihan untuk bahasa Esperanto; terdapat bukti bahawa pembelajaran bahasa Esperanto adalah suatu penyediaan yang berguna untuk pembelajaran bahasa kemudian (sila lihat Bahasa Esperanto dan pendidikan).