Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors.
Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Responsive image


Bahasa Melayu Sabah

Bahasa Melayu Sabah
Bahasa Sabah, Cakap Sabah
Asli kepada( Sabah)
KawasanSabah, Labuan, Sulu, Palawan (Filipina), Kalimantan Utara (Indonesia)
EtnikKadazan-Dusun, India, Murut, Bajau, Orang Sungai, Suluk, Melayu Brunei, Kedayan, Melayu Cocos, Lundayeh, Iranun, Rungus, Cina, dsb.
Kod bahasa
ISO 639-3msi

[1]Bahasa Melayu Sabah ialah salah satu dialek Bahasa Melayu yang digunakan oleh masyarakat di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan di pulau Borneo. Dialek ini memiliki ciri-ciri tersendiri yang membezakannya daripada Bahasa Melayu piawai, terutamanya dalam penggunaan perkataan, sebutan, dan cara penyampaian dalam komunikasi harian.

Gaya bahasa yang dituturkan dalam wilayah tersebut sendiri boleh membezakan hasil pengaruh bahasa-bahasa tempatan:

Perbezaan-perbezaan ini adalah daripada (contohnya, Bahasa Kadazan, Bahasa Bajau, Bahasa Dusun, Bahasa Suluk, Bahasa Rungus dan Bahasa Murut) dan bahasa-bahasa negara jiran (Bahasa Brunei, Bahasa Suluk, Bahasa Tagalog dan Bahasa Indonesia). Sebagai contoh, ketiga-tiga sub-varian turut mempraktikkan akhiran sama iaitu menggunakan akhiran baku "a" berbanding akhiran "e pepet" pada perkataan berakhiran vokal "a" yang mana merupakan gaya penyebutan bagi majoriti penduduk yang menuturkan bahasa Melayu di Barat Malaysia atau Malaya.

  1. ^ "Bahasa Melayu Sabah". Bahasa Melayu Sabah.
  2. ^ Ramzah Dambul (Januari 2021). "Bahasa Melayu Sabah: kaya dengan citra, unik dengan nuansa". Dewan Bahasa. No. 1. Dewan Bahasa dan Pustaka. m/s. 18-21.

Previous Page Next Page








Responsive image

Responsive image