Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors.
Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Responsive image


Bahasa Serbia

Bahasa Serbia
српски
srpski
Sebutan[ˈsr̩pskiː]
KawasanEropah Tengah, Eropah Selatan
Penutur bahasa
lebih daripada 12 juta[1]
Status rasmi
Bahasa rasmi di
 Serbia
 Bosnia dan Herzegovina
 Montenegro
 Macedonia Utara (regional)
 Romania (regional)

Bahasa minoriti yang diiktirafkan di:


 Hungary[2]
Dikawal selia olehLembaga Pemiawaian Bahasa Serbia
Kod bahasa
ISO 639-1sr
ISO 639-2scc (B)
srp (T)
ISO 639-3srp

Paparan amaran: Laman menggunakan Templat:Infobox language dengan parameter "rank" yang tidak diketahui

Bahasa Serbia (српски језик; srpski jezik) merupakan bahasa Slavik Selatan yang paling banyak dituturi. Bahasa ini merupakan salah satu bentuk piawai loghat Shtokavia, digunakan terutamanya di Serbia, Bosnia dan Herzegovina, Montenegro, Croatia, dan oleh Orang Serb di diaspora Serbia. Bekas bahasa piawai dikenali sebagai Bahasa Serbo-Croatia, kini berpecah kepada Bahasa Serbia, Bahasa Croatia, dan Bahasa Bosnia. Bahasa ini adalah rasmi (termasuk minoriti) di Serbia, Bosnia dan Herzegovina, Montenegro, Croatia, Romania, Republik Macedonia, dan Hungary.

Terdapat dua tulisan digunakan: variasi abjad Cyril oleh Serb Vuk Karadžić, dan variasi abjad Latin oleh Croat Ljudevit Gaj. Huruf-huruf dalam kedua-dua tulisan ini adalah saling memetakan antara satu sama lain.

Ortografi Bahasa Serbia adalah sangat konsisten: terdapat prinsip "satu huruf untuk satu bunyi". Prinsip ini diwakili oleh pepatah kata Adelung, "Tulis seperti yang anda cakap dan baca seperti yang ditulis", prinsip ini digunakan oleh Vuk Stefanović Karadžić semasa menjalankan reformasi terhadap ortografi abjad Cyril Serbia pada abad ke-19.

Bahasa Serbia Piawai adalah berdasarkan pada loghat Štokavia. Loghat Ekavia dituturkan paling banyak di Serbia, manakala loghat Ijekavia di Bosnia dan Herzegovina, Montenegro, barat daya Serbia, dan Croatia. Asas bagi loghat Ijekavia ialah loghat Herzegovina Timur, dan untuk loghat Ekavia pula, loghat Šumadija-Vojvodina. Ciri-ciri loghat Shtokavia yang lain, dan juga loghat Torlakia, yang dituturkan di selatan Serbia, tidak diterima sebagai loghat piawai.

Templat:Southslavlang


Previous Page Next Page






Асерб бызшәа AB Serwies AF ሰርብኛ AM Idioma serbio AN اللغة الصربية Arabic لغه صربى ARZ Idioma serbiu AST Серб мацӀ AV Serbiava AVK Serb dili AZ

Responsive image

Responsive image