Bahasa Swahili | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Kiswahili | |||||||
Asli kepada | Tanzania Kenya Uganda Rwanda Burundi Congo (RDC) Somalia Oman Comoros (termasuk Mayotte) Mozambique | ||||||
Penutur bahasa | Bahasa pertama: 5-10 juta Bahasa kedua: 80 juta[1] | ||||||
Status rasmi | |||||||
Bahasa rasmi di | Kesatuan Afrika Kenya Tanzania Uganda | ||||||
Dikawal selia oleh | Baraza la Kiswahili la Taifa (Tanzania) | ||||||
Kod bahasa | |||||||
ISO 639-1 | sw | ||||||
ISO 639-2 | swa | ||||||
ISO 639-3 | Pelbagai:swa – Swahili (generik)swc – Congo Swahiliswh – Swahili (specifik) | ||||||
|
Bahasa Swahili (dipanggil Kiswahili dalam bahasa itu sendiri) ialah sebuah bahasa yang dituturkan di Afrika, dan merupakan bahasa pertama orang Swahili (Waswahili). Bahasa Swahili dijadikan sebagai bahasa rasmi di Tanzania, Kenya dan Uganda dan merupakan lingua franca di sebahagian Besar Afrika Timur serta Republik Demokratik Congo. Bahasa Swahili juga merupakan satu-satunya bahasa Afrika dari beberapa bahasa rasmi Kesatuan Afrika.
Nama bahasa ini meminjam Arab: سَوَاحِل, rumi: sawāḥil bentuk jamak kata سَاحِل saḥil "daratan"[2] atau juga "pesisiran".