Thai Selatan | |
---|---|
ภาษาไทยถิ่นใต้ | |
Sebutan | /pʰaːsǎː tʰaj tʰìn tâːj/ |
Asli kepada | Thai Selatan, Kedah, Kelantan dan Kawasan Tanintharyi |
Etnik | Thai (Selatan) Peranakan Orang Siam Malaysia Melayu Thai |
Penutur bahasa | 4.5 juta (2006)e18 |
Kra-Dai
| |
Abjad Thai Braille Thai | |
Status rasmi | |
Bahasa minoriti dikenali di | |
Dikawal selia oleh | None |
Kod bahasa | |
ISO 639-3 | sou |
Glottolog | sout2746 |
Bahasa Thai Selatan (ภาษาไทยถิ่นใต้ ; [pʰaːsǎː tʰaj tʰìn tâːj]), juga dikenali sebagai Dambro (ภาษาตามโพร ; [pʰaːsǎː taːmpʰroː]) atau Pak Tai (ภาษาปักษ์ใต้ ) ialah identiti etnolinguistik Tai Barat Daya[1] dan bahasa yang dituturkan di selatan Thailand serta oleh komuniti kecil di negeri di utara Malaysia. Ia dituturkan oleh kira-kira lima juta orang, dan sebagai bahasa kedua oleh 1.5 juta penutur Pattani dan kumpulan etnik lain seperti komuniti Peranakan tempatan, Negrito, dan kumpulan puak lain. Kebanyakan penutur juga fasih atau memahami dialek Thai Tengah.