Bahasa Wales | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Cymraeg | |||||||
Sebutan | [kəmˈrɑːɨɡ] | ||||||
Asli kepada | Wales, England, Argentina (Chubut), Amerika Syarikat, Kanada, Australia, New Zealand | ||||||
Penutur bahasa | 750,000+: — Wales: 611,000[1] — England: 133,000[2] — Argentina (Chubut): 25,000[3] — Kanada: 3,160[4] — Amerika Syarikat: 2,655[5] — New Zealand: 1,155[6] — Australia: 1,060[7] | ||||||
Indo-Eropah
| |||||||
Abjad Rumi (jenis Wales) | |||||||
Status rasmi | |||||||
Bahasa rasmi di | Wales | ||||||
Kod bahasa | |||||||
ISO 639-1 | cy | ||||||
ISO 639-2 | wel (B) cym (T) | ||||||
ISO 639-3 | cym | ||||||
ELP | Welsh | ||||||
|
Bahasa Wales (Cymraeg atau y Gymraeg , [kəmˈrɑːɨɡ] dan [ə ɡəmˈrɑːɨɡ]), ialah satu bahasa yang tergolong dalam cabang Britonik dari bahasa-bahasa Celt yang berasal dari Wales (Cymru). Penutur bahasa Wales wujud di seluruh dunia, terutamanya di Great Britain, Amerika Syarikat, Kanada, Australia, New Zealand, dan juga sebuah kawasan petempatan bangsa Wales di Lembah Chubut di Patagonia Argentina.
Bahasa ini dahulunya pernah ditegah pengunaannya oleh kerajaan United Kingdom sehingga sebarang penuturannya di sekolah diberikan hukuman berat, lalu bahasa ini semakin dipandang rendah dianggap tidak menguntungkan apabila menjelang abad ke-20.[8] Namun, usaha penggiatan pelestarian bahasa ini oleh aktivis-aktivis ia segera menjadikan bahasa ini berkembang kembali dari segi penggunaannya sehingga media khusus seperti stesen radio dan televisyen dikhususkan dalam bahasa ini.