Bandar Baru Mergong atau juga dikenali sebagai Star City merupakan bandar baru dalam Bandaraya Alor Setar terletak bersebelahan Kawasan Perindustrian Mergong Barrage, Alor Setar. Bandar Baru Mergong sedang pesat membangun ke arah satu lagi bandar di Alor Setar. Bandar ini menempatkan kilang tayar Continental-Sime Tyres dan peruncitan pertama di Mergong iaitu Tesco Mergong. Selain itu, terdapat banyak ruang galeri jualan kereta antarabangsa disini. Mergong Barrage ini juga menempatkan pelbagai kilang dan syarikat. Terdapat juga kawasan perumahan dan kemudahan awam seperti klinik dan kedai runcit.