![]() | |
Jumlah penduduk | |
---|---|
Sekitar 10 juta [1] | |
Kawasan ramai penduduk | |
![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() | |
Bahasa | |
Uyghur, Mandarin | |
Agama | |
Sunni[2] | |
Kumpulan etnik berkaitan | |
Other Etnik bangsa Turkik |
Islam dan China |
---|
![]() Masjid Besar Xi'an, China |
Bangsa Uyghur, atau Uygur, Uigur, Uyghur (Uyghur: ئۇيغۇر; Cina Ringkas: 维吾尔 ; Cina Tradisional: 維吾爾 ; pinyin: Wéiwú'ěr), merupakan sebuah etnik minoriti rasmi di Republik Rakyat China. Suku ini merupakan keturunan dari suku kuno Huihe yang tersebar di Asia Tengah, menuturkan bahasa Uyghur dan memeluk agama Islam.
Bangsa Uyghur bersama kaum Hui menjadi kaum utama pemeluk agama Islam di China. Namun, ada perbezaan budaya dan gaya hidup yang ketara di antara kedua-dua etnik minoriti ini. Bangsa Uyghur lebih menjurus kepada kehidupan Asia Tengah, manakala Orang Hui lebih condong mengamal budaya Konfusianis oriental.
Bangsa Uyghur banyak terdapat di Wilayah Autonomi Uyghur Xinjiang. Manakala, di Wilayah Hunan, merupakan kawasan yang paling tinggi dihuni oleh orang Uyghur di China. Komuniti Uyghur boleh didapati dinegara-negara seperti di Kazakhstan, Kyrgyzstan dan Uzbekistan. Juga, bangsa Uyghur ini menghuni dikawasan Asia Selatan, iaitu di Afghanistan dan Pakistan. Selain itu, bangsa ini menghuni di Turki.