Bani Quraizah (Arab: بني قريظة; بنو قريظة ialah kaum Yahudi yang tinggal di oasis Yathrib sehingga abad ketujuh Masihi. Pada Februari/Mac 627 M, pembelotan mereka sewaktu Perang Ahzab membawa kepada pengepungan penempatan mereka selama 25 hari dan berakhir dengan Bani Quraizah menyerah kalah.[e 1] Bani Quraizah enggan menerima hukuman Nabi Muhammad (SAW) dan meminta dihakimi Bani Aws (juga dieja 'Auws'), sekutu mereka. Nabi Muhammad bersetuju dan meminta kaum Aws menghakimi Bani Quraizah. Ketua-ketua Bani Quraizah dikumpulkan dan ditanya Aws apakah hukuman bagi seorang pengkhianat mengikut agama orang Quraizah. Mereka tidak menundukkan kepala dan menyatakan bahawa mengikut kitab Taurat, hukumannya hukum bunuh. Justeru, atas perintah Sa'd bin Mu'adh (Ketua kaum Aws), orang lelaki Bani Quraizah dihukum bunuh, sementara wanita dan kanak-kanak dijadikan hamba.[1] Terdapat banyak perbahasan tentang berapa ramai orang Quraizah dibunuh: ada yang mengatakan seramai 400-900 orang lelaki dipenggal kepala, [2] sementara Hadis menyatakan dengan tanpa memberi bilangan, kesemua orang lelaki termasuk seorang wanita dibunuh.[3]
Dikatakan kaum Yahudi tiba di Hijaz ekoran Peperangan Rom-Yahudi, dan memperkenalkan ilmu pertanian yang meletakkan mereka dalam kedudukan kuat dari segi budaya, ekonomi dan politik.[4][5] Namun, dalam abad kelima, Bani Aws dan Bani Khazraj, dua suku kaum Arab yang tiba dari Yaman, menjadi berkuasa.[6] Apabila kedua-dua puak Arab ini bertelagah, kaum Yahudi yang sekarang menjadi klien[5][7] atau sekutu Arab[6], menyokong pihak berlainan, dengan Quraizah menyokong Aws.[8]
Dalam tahun 622 M Nabi Muhammad (SAW) tiba di Yathrib dari Makkah dan menggubal Sahifat al-Madinah antara pihak yang bertelagah di Yathrib (yang ditukar nama kepada Madinah).[4][9][10] Sementara bandar madinah itu sendiri berperang dengan Quraisy Makkah, ketegangan antara penduduk arab dan yahudi meningkat.[8]
Pada tahun 627 M, apabila Quraisy dan sekutu mereka pengepung Madinah dalam Perang Ahzab, Bani Quraizah melanggar perjanjian mereka dengan orang Islam dan mula berbincang dengan pihak Quraisy.[11] Berikutan itu, kaum Quraizah dituduh sebagai pengkhianat dan dikepung pula oleh orang Islam.[12][13] Bani Quraizah dikalahkan dalam pengepungan itu dan menyerah diri. selepas diadili oleh hakim pilihan mereka sendiri, orang lelaki Bani Quraizah dihukum bunuh dan dipenggal kepala, sementara wanita dan kanak-kanak dijadikan hamba.[12][13][13][14][15][16] Namun demikian, ada penulis yang mencabar gambaran ini dengan menyatakan ia direka atau diperbesar-besarkan.[17][18][19]
Ralat petik: Tag <ref>
wujud untuk kumpulan bernama "e", tetapi tiada tag <references group="e"/>
yang berpadanan disertakan