Tarikh | 29 Ogos 1996 |
---|---|
Masa | 6:00 petang WPM |
Lokasi | Perkampungan Penempatan Orang Asli Pos Dipang, Kampar, Perak, Malaysia |
Penyebab | Hakisan tanah akibat hujan lebat berterusan |
Kematian | 44 (termasuk 5 yang hilang) |
Banjir lumpur Pos Dipang 1996 ialah insiden banjir lumpur yang berlaku pada 29 Ogos 1996, jam 6 petang (waktu Malaysia), di Perkampungan Penempatan Orang Asli Pos Dipang, Kampar, Perak. Kejadian ini berlaku dua hari sebelum sambutan ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-39. 44 orang telah terkorban dalam kejadian ini, termasuk lima lagi yang masih hilang.[1][2][3]