Jenis/bentuk sah | Syarikat awam |
---|---|
Industri | Perbankan dan Kewangan |
Ditubuhkan | 1997 | (berikutan penggabungan DCB Bank dan Kwong Yik Bank)
Pengasas | Tan Sri Rashid Hussain |
Ibu pejabat | Kuala Lumpur, Malaysia |
Kawasan perkhidmatan | Malaysia, Singapura, Kemboja, Hong Kong, Vietnam |
Tokoh penting | Dato’ Khairussaleh Ramli (Pengarah Urusan Kumpulan)[1] |
Keluaran | Perkhidmatan Perbankan dan Kewangan |
Jumlah aset | $29.28 bil[2] |
Bilangan kakitangan | 11,135[2] |
Tapak web | www.rhb.com.my |
sunting · sunting di Wikidata |
RHB Bank Berhad (juga dikenali sebagai Rashid Hussein Bank) (MYX: 1066) ialah sebuah bank Perkhidmatan Kewangan dan Pelaburan Malaysia yang terletak di Kuala Lumpur. Ia mengkhusus di dalam Perbankan Perdagangan, Korporat, Perbankan Pelaburan dan Perkhidmatan Perbankan antarabangsa. Bank ini dibentuk setelah suatu percantuman di antara Kwong Yik Bank dan DCB Bank (Development and Commercial Bank, dikenali juga sebagai D&C Bank), pada 1 Julai 1997, dan kemudiannya Sime Bank dan Bank Utama. Pada 9 Mac 2007, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mendapat kawalan terhadap bank tersebut, setalah memenangi satu bidaan terhadap EON Capital dan satu konsortium yang dipimpin oleh Kuwait Finance House.[1] RHB Bank adalah merupakan sebahagian daripada sebuah konglomerat kewangan, RHB Capital Berhad. [3]
RHB Bank merupakan bank ketiga terbesar di Malaysia, dengan 200 pejabat di Malaysia dan seluruh wilayah itu (sehingga 2002). Bank ini juga dinamakan sebagai "Bank Domestik Terbaik/Best Domestic Bank" oleh kedua-dua Finance Asia dan Euromoney pada tahun 1997.
Asalnya, RHB Bank (Swift Code:RHBBMYKLXXX) juga biasa dikenali sebagai Sime Darby Bank dan sebelulm itu adalah United Malayan Banking Corporation, sebuah bank yang dikaitkan dengan UMNO. RHB Bank mengkhusu di dalam perbankan pelanggan dengan entiti-entiti lain seperti RHB Islamic Bank,Delta Finance kepada namanya. RHB Bank bank perdagangan yang bertumpu kepada pinjaman industri dan kommersial di Singapura, di sebalik ia selayaknya menjadi bank penuh. [4]
Produk-produk lain termasuklah debit mastercard i-Cash dan i-Connect bersama-sama dengan elektronik debit mastercard SenQ.
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama thestar.com.my
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama RHBInvestorRelation
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama RHBAboutUs
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama TheStar20130112