Ini merupakan laman bantuan bagi panduan bagaimana di Wikipedia Bahasa Melayu. Laman ini menjelaskan proses atau tatacara bagi beberapa aspek norma dan amalan di Wikipedia. Laman ini bukanlah salah satu daripada dasar dan garis panduan di Wikipedia dan mungkin mencerminkan pelbagai tahap sepersetujuan dan pemeriksaan. |
Luangkan masa dengan menonton Panduan Menyunting Wikipedia dalam bentuk video di dan | ||
Panduan dari Howcast di Youtube (Inggeris) | Panduan dari Living Colour Film Production di Commons |
Manual gaya penulisan (MGP) |
---|
Wikipedia adalah wiki, iaitu semua orang, termasuk anda, boleh menyunting sebarang rencana di sini dengan mudah serta melihat perubahan anda dalam talian dengan serta merta.
Menyunting halaman Wikipedia mudah sahaja. Hanya klik pada tab "sunting" yang terletak di bahagian atas halaman wiki. Ini akan membawa anda ke halaman kotak suntingan yang mengandungi teks halaman asal yang boleh disunting.
Jika anda cuma hendak menguji kaji, gunakanlah kotak pasir; bukan di sini. Anda juga dinasihatkan menulis ringkasan suntingan dalam kotak kecil yang terletak di bawah kotak suntingan. Anda boleh menggunakan singkatan untuk menghuraikan perubahan anda, seperti yang dihuraikan dalam legenda.
Apabila anda telah selesai, tekan butang Paparkan di bawah kotak suntingan untuk melihat perubahan anda. Anda juga boleh melihat perbezaan antara halaman suntingan anda dan versi terdahulu jika anda tekan butang Tunjuk perubahan yang terletak di sebelah kanan butang "Paparkan". Jika anda berpuas hati dengan apa yang anda lihat, beranilah menekan butang Simpan yang terletak di sebelah kiri. Perubahan anda dapat dilihat oleh pengguna-pengguna Wikipedia dengan serta merta.
Anda juga boleh klik pada tab "Perbincangan" di sebelah kiri tab "sunting" untuk melihat laman perbualan yang mungkin mengandungi komen oleh pengguna-pengguna Wikipedia tentang halaman asal. Klik pada tab "+" di sebelah kanan tab "sunting" untuk memasukkan bahagian yang baru, ataupun suntingkan halaman sahaja dengan cara yang sama dengan penyuntingan halaman rencana.
Jangan lupa tandatangani pesanan anda dalam halaman perbualan jika anda menulis pesanan di sana tetapi jangan tandatangani suntingan anda dalam halaman rencana. Cara untuk menandatangani ialah melalui empat tanda sengkang kerinting, iaitu ~~~~, selepas pesanan anda. Dalam halaman sejarah, perisian MediaWiki akan merakam setiap pengguna yang telah membuat perubahan.