Koordinat: 3°27′36″N 101°39′18″E / 3.4601368°N 101.6550138°E
Batang Kali باتڠ كالي | |
---|---|
Bandar Kediaman dan Perniagaan Bandar Belia | |
Lokasi Batang Kali di Malaysia | |
Koordinat: 3°28′N 101°38′E / 3.467°N 101.633°E | |
Negara | ![]() |
Negeri | ![]() |
Daerah | Hulu Selangor |
Mukim | Ulu Yam, Batang Kali, Bandar Batang Kali, Bandar Rasa |
Pentadbiran | |
• Pihak Berkuasa Tempatan | Majlis Perbandaran Hulu Selangor |
• Kepadatan | 314.23/km2 (813.9/batu persegi) |
Zon waktu | UTC+8 (WPM) |
• Musim panas (DST) | Tidak dipakai |
Poskod | 44200, 44300 dan 48200 |
Batang Kali merupakan sebuah mukim yang juga merupakan bandar di Hulu Selangor. Batang Kali diklasifikasikan sebagai bandar utama kategori satu di daerah Hulu Selangor, Selangor, Malaysia. Batang Kali juga dikira sebagai tempat persinggahan untuk ke Genting Highlands, First World Hotel & Plaza. Bandar ini pernah menjadi tempat laluan dalam perlumbaan basikal Le Tour De Langkawi pada tahun 2020. Batang Kali terletak di dalam mukim Batang Kali.
Pusat pertumbuhan utama di kawasan Batang Kali tertumpu di mukim Batang Kali yang dinamakan sebagai Bandar Utama Batang Kali. Mukim Batang Kali juga turut merangkumi sebahagian kawasan Genting Highlands seluas 1133.12 hektar di Gunung Ulu Kali. Berikut merupakan antara pertumbuhan di mukim Batang Kali:
Pembangunan di kawasan Batang Kali menjadi semakin meriah setelah pengisytiharan Majlis Daerah Hulu Selangor kepada Majlis Perbandaran Hulu Selangor pada 21 Oktober 2021 yang lalu. Kawasan Batang Kali membangun dengan pesatnya disebabkan kemudahan awam yang tinggi seiring dengan kawasan elit di pusat bandar. Walaupun kawasan ini berada pada kedudukan Utara Selangor yang agak jauh dari Kuala Lumpur, Batang Kali tetap disambut meriah oleh warga Malaysia dari pelbagai arah. Akibat daripada keindahan flora dan fauna yang terdapat di kawasan Batang Kali dan sekitarnya membuatkan ramai orang tertarik untuk menetap di sini. Tidak lupa juga, Batang Kali turut hadir dengan kawasan ekopelancongan yang indah dan mendamaikan seperti Rumah Hutan Bonda Rozita, Huda's Heaven Resort, Teratak Tok Alang dan sebagainya.