Batik terap atau batik cop adalah kaedah menghasilkan batik dengan menggunakan suatu blok pengecop (yakni terap ترڤ diakar bahasa Jawa ꦠꦿꦥ꧀ trap "meletakkan"[1]). Kain putih akan diterapkan dengan corak batik yang menggunakan blok corak. Blok corak diperbuat daripada kayu atau logam. Proses ini dilakukan berulang-ulang dengan mengikut susunan yang tertentu sehinggalah selesai. Blok tersebut akan dicelupkan terlebih dahulu ke dalam pewarna sebelum ditekapkan di atas kain tersebut.
Teknologi ini mula diterapkan di Kelantan menggunakan bahan semula jadi keras seperti kayu, umbut batang pisang, batang daun pelepah dan keratan ubi kentang oleh Haji Ali Ismail pada 1913;[2] kaedah ini kemudiannya dimodenkan dengan acuan berasaskan logam (paling lazimnya aluminium dan tembaga) sekitar tahun 1934 diperkenalkan seorang guru dari Pulau Jawa yang mengajarkan keluarga Che Su Bin Ishak.[3] Teknik ini disebarkan luas dalam industri batik negeri itu sepanjang dekad 1950-an[4] tetapi menghilang daya tarikannya kerana kos penghasilan yang semakin mahal.[2]
III. Shape (for cutting out cakes); Sh. Way; manner; pattern; B. From Jav.