Batu Caves | |
---|---|
![]() Tugu Dewa Muruggan di pintu masuk Batu Caves | |
Nama: | Batu Caves |
Pencipta: | K. Thamboosamy Pillay |
Tarikh pembinaan: | 1891 |
Dewa-dewi utama: | Dewa Subramaniam |
Seni bina: | Dravidian Architecture |
Batu Caves (Tamil: பத்து மலை) merupakan bukit batu kapur, yang mempunyai satu siri gua dan kuil gua, di Daerah Gombak, Selangor, Malaysia. Bukit dan gua di tempat ini mengandungi banyak jenis flora dan fauna termasuk haiwan terancam seperti labah-labah pintu perangkap.[1] Gua utama di Batu Caves adalah salah satu kuil Hindu yang paling popular di luar India, khusus kepada Dewa Subramaniam. Ia merupakan titik tumpuan Hindu semasa perayaan Thaipusam di Malaysia[2].