Batu delima ialah sejenis permata berwarna merah. Batu delima sangat keras, ia bernilai 9 pada bacaan skala Mohs. Ia merupakan permata kelahiran untuk bulan Julai.
Sifat-sifat yang menentukan harga delima dalam pasaran ialah warna, kejernihan, potongan, dan karat. Delima yang terbaik dikatakan mempunyai warna merah yang terang dan pekat.