Batu Enapan | |
Komposisi | |
---|---|
Secara tipikal, kuartza dan/atau feldspar; serpihan litik juga sering dijumpai. Mineral-mineral lain juga dapat dijumpai, khusunya batu pasir matang. |
Batu pasir (kadangkala dikenali sebagai arenit) ialah sejenis batuan enapan klasik. Ia adalah sejenis batu yang terhasil daripada pasir mampat yang "digam" bersama dengan kalsium karbonat. Batu ini terdiri daripada mineral bersaiz pasir ataupun bijian batu. Seperti pasir, warna batu pasir tidak tentu, namun yang paling biasa ialah sawo matang, perang, kuning, merah, kelabu dan putih.
Batu pasir tahan luluhawa, dan digunakan untuk membina bangunan di banyak negara. Apabila batu pasir dipanaskan ia bertukar ke warna hitam. Ia boleh digunakan untuk menghias rumah. Sebagai contoh, jubin jalan dibuat daripada batu pasir.