Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors.
Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Responsive image


Beauty and the Beast (filem 1991)

Beauty and the Beast
PengarahGary Trousdale
Kirk Wise
Lakon layarLinda Woolverton
Cerita olehRoger Allers
Brenda Chapman
Chris Sanders
Burny Mattinson
Kevin Harkey
Brian Pimental
Bruce Woodside
Joe Ranft
Tom Ellery
Kelly Ashbury
Robert Lence
BerdasarkanLa Belle et la Bête oleh
Jeanne-Marie Le Prince de Beaumont
Dihasilkan olehDon Hahn
DibintangiPaige O'Hara
Robby Benson
Richard White
Jerry Orbach
Angela Lansbury
David Ogden Stiers
Bradley Pierce
Jesse Corti
Rex Everhart
Dikisahkan olehDavid Ogden Stiers
Disunting olehJohn Carnochan
Muzik olehAlan Menken
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehWalt Disney Pictures
Tarikh tayangan
  • 13 November 1991 (1991-11-13)
Masa tayangan
84 minit
Negara Amerika Syarikat
BahasaInggeris
Bajet$25 juta
Pecah panggung$377,350,553

Beauty and the Beast (Si Cantik dan Sang Raksasa) ialah sebuah filem fantasi animasi buatan Amerika Syarikat yang diterbitkan oleh Walt Disney Animation Studios pada tahun 1991, dan diedarkan oleh Walt Disney Pictures, selaku filem ke-30 dalam siri Walt Disney Animated Classics dan filem ketiga dalam zaman Disney Renaissance. Filem ini diadaptasikan daripada cerita dongeng Perancis, La Belle et la Bête oleh Jeanne-Marie Le Prince de Beaumont[2] dan memetik banyak idea daripada sebuah filem 1946 yang turut dipetik dari cerita dongeng yang sama.[3] Filem ini mengisahkan seorang putera yang ditukarkan menjadi seekor Si Jelik (Beast) dan seorang pemudi bernama Belle yang dikurung dalam istana Si Jelik. Untuk menjadi seorang manusia lagi, Si Jelik mesti mencintai Belle dan memenangi hatinya, jika tidak dia akan kekal sebagai Si Jelik selamanya.

Lakon layar animasi filem ini dikarang oleh Linda Woolverton dengan penceritaan oleh Roger Allers, Brenda Chapman, Chris Sanders, Burny Mattinson, Kevin Harkey, Brian Pimental, Bruce Woodside, Joe Ranft, Tom Ellery, Kelly Ashbury, dan Robert Lence. Filem ini diarah oleh Gary Trousdale dan Kirk Wise, dan diterbitkan oleh Don Hahn. Muzik filem ini dicipta oleh Alan Menken dan Howard Ashman yang sebelum ini pernah menggubah lagu untuk The Little Mermaid.

Beauty and the Beast keluar pada 13 November 1991, dan mendapat sambutan yang amat memberangsangkan daripada para penonton dan pengulas filem sekalian, iaitu mengutip sejumlah $403 juta dari pawagam-pawagam di seluruh dunia. Beauty and the Beast turut dicalonkan untuk beberapa anugerah, dan memenangi satu Anugerah Golden Globe untuk filem muzikal atau komedi terbaik, dan dua lagi anugerah untuk muziknya. Penting sekali, Beauty and the Beast merupakan filem animasi pertama sekali yang dicalonkan untuk Anugerah Akademi untuk Filem Terbaik, dan juga kekal sebagai satu-satunya filem animasi yang memegang kehormatan ini hinggalah tahun 2009, apabila filem animasi Pixar, Up dicalonkan pula. Beauty and the Beast menerima sejumlah enam pencalonan, termasuk Filem Terbaik, Skor Asli Terbaik, Penataan Bunyi Terbaik, dan tiga pencalonan bagi lagu-lagunya. Daripada itu, ia memenangi filem Skor Asli Terbaik dan Lagu Asli Terbaik untuk lagu tema "Beauty and the Beast".

Filem ini disusuli dengan dua midquel iaitu Beauty and the Beast: The Enchanted Christmas yang keluar dalam bentuk video pada tahun 1997, dan Belle's Magical World pada tahun 1998. Ia juga diadaptasikan dalam bentuk pementasan dan disusuli dengan siri spin-off televisyen, Sing Me a Story with Belle. Edisi khas filem asal ditayangkan dalam pawagam IMAX pada tahun 2002, yang menyertakan babak muzikal lima minit yang baru. Selepas kejayaan keluaran semula The Lion King dalam bentuk 3D pada tahun 2011, Beauty and the Beast akan kembali dalam bentuk 3-D pada 13 Januari 2012.[4]

  1. ^ Stewart, Jocelyn (10 Februari 2008). "John Alvin, 59; created movie posters for such films as "Blazing Saddles" and "E.T."". Los Angeles Times. Dicapai pada 10 Februari 2008.
  2. ^ LePrince de Beaumont, Jeanne-Marie (1783). "Containing Dialogues between a Governess and Several Young Ladies of Quality Her Scholars". The Young Misses Magazine (ed. 4). London. 1: 45–67.
  3. ^ Ginell, Carl (2 Ogos 2007). "Beauty and the Beast stellar". Toacorn.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-07-08. Dicapai pada 15 Julai 2010.
  4. ^ Smith, Grady (October 4, 2011). "'Beauty and the Beast,' 'The Little Mermaid,' 'Finding Nemo,' 'Monsters, Inc.' get 3-D re-releases". Entertainment Weekly. Dicapai pada October 27, 2011.

Previous Page Next Page