Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors.
Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Responsive image


Beego

Beego
Kelahiran
Mohamad Aszerul Nizam bin Abdullah

(1980-11-24) 24 November 1980 (umur 44)
PekerjaanPelakon, penyanyi, model
Tahun aktif2001–kini
Pasangan
  • Intan Shahira Mohd Shahru (k. 2008; c. 2009)
  • Linda Hashim (k. 2013)
Anak-anak3

Mohamad Aszerul Nizam Abdullah atau lebih dikenali sebagai Beego (lahir 24 November 1980) merupakan seorang pelakon, penyanyi dan model lelaki Malaysia. Kerjayanya dalam dunia hiburan bermula apabila beliau menjadi ahli kumpulan penyanyi remaja di bawah KRU Records iaitu Phyne Ballerz pada tahun 2003. Lagu lagu seperti "Vida", "Jangan Pisahkan", "Hasrat" dan "Monte Carlo" berjaya menempatkan kumpulan itu di hati peminat-peminat muzik balada cinta dan R&B.

Salah satu drama lakonan Beego yang paling menaikkan namanya ialah telefilem Astro Ria, Gitar Tua (2005) dan kesinambungannya Gitar Tua 2 (2006) arahan Rashid Sibir di samping pelakon Ellie Suriati dan Norlia Ghani. Sejak itu, nama Beego terus mendapat perhatian daripada pengarah-pengarah tersohor yang ingin mendapatkan khidmatnya.

Beego juga berlakon di dalam filem filem seperti Gila-Gila Pengantin Remaja (2004), KL Menjerit 1 (2005), Senario Pemburu Emas Yamashita (2006), Bilut (2006) dan Libas (2011).


Previous Page Next Page








Responsive image

Responsive image