Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors.
Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Responsive image


Belanjawan Malaysia

Belanjawan Malaysia  ()
Rang Undang-undang
ParlimenKe-15
Menteri KewanganDato Seri Anwar Ibrahim
BendahariKementerian Kewangan
‹ 2022
2024 ›

Belanjawan Malaysia atau Bajet Malaysia dibentangkan setiap tahun oleh Kerajaan Persekutuan Malaysia untuk mengenal pasti cadangan hasil dan perbelanjaan kerajaan dan ramalan keadaan ekonomi untuk tahun yang akan datang dan dasar fiskal untuk tahun-tahun akan datang. Belanjawan negara merupakan rancangan ekonomi tahunan yang akan memainkan peranan yang dinamis secara menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan pembahagian pendapatan di dalam keadaan kewangan yang stabil[1]. Belanjawan negara termasuk anggaran pendapatan dan perbelanjaan kerajaan dan boleh menggariskan inisiatif dasar baru.

Belanjawan Malaysia biasanya dibentang pada suku akhir tahunan iaitu antara September hingga Disember, sebelum permulaan tahun fiskal. Semua negeri di Malaysia juga membentangkan belanjawan. Oleh kerana kewangan negara bergantung kepada wang dari kerajaan persekutuan, belanjawan peringkat negeri biasanya dibentang selepas pembentangan peingkat Persekutuan.

Belanjawan Malaysia dibentang kepada umum melalui pembentangan Rang Undang-undang Perbekalan di Parlimen Malaysia oleh Menteri Kewangan Malaysia untuk diluluskan Dewan Rakyat, Dewan Negara dan Yang di-Pertuan Agong.

  1. ^ Tengku Razaleigh Hamzah (29 Oktober 1976). "Bacaan Kali Kedua, Rang Undang-undang Perbekalan 1977" (PDF). Parlimen Malaysia. Dicapai pada 1 November 2020.

Previous Page Next Page






الميزانية الفيدرالية الماليزية Arabic Malaysian federal budget English 马来西亚财政预算案 Chinese

Responsive image

Responsive image