Bendera Matahari Terbit (旭日旗 , Kyokujitsu-ki) merupakan bendera tentera Jepun[1] yang digunakan sebagai bendera perang Tentera Darat Imperial Jepun serta bendera Tentera Laut Imperial Jepun sehingga tamatnya Perang Dunia Kedua. Kini bendera tersebut digunakan sebagai bendera perang Pasukan Pertahanan Diri Darat Jepun dan bendera Pasukan Pertahanan Diri Laut Jepun. Bendera ini turut dikibarkan semasa Tahun Baru Jepun ataupun acara sukan. Rekaan ini turut diguna pakai dalam akhbar Jepun Asahi Shimbun di samping sepanduk bergelar Tairyō-ki (大漁旗 , Bendera Tangkapan Baik) yang dikibarkan oleh nelayan.
|coauthors=
ignored (|author=
suggested) (bantuan)