Bengaluru FC logo.svg | |||
Nama penuh | Bengaluru Football Club | ||
---|---|---|---|
Gelaran | The Blues (Si Biru) | ||
Nama pendek | BFC | ||
Diasaskan | 20 Julai 2013[1] | ||
Stadium | Stadium Sree Kanteerava, Bangalore (Kapasiti: 25,810[2]) | ||
Pemilik | JSW Sports | ||
Pengerusi | Sajjan Jindal | ||
Jurulatih | Simon Grayson | ||
Liga | Templat:Indian football updater | ||
Templat:Indian football updater | Templat:Indian football updater | ||
Tapak sesawang | Laman kelab | ||
| |||
![]() |
Ranting Sukan Bengaluru FC | ||
---|---|---|
![]() |
![]() |
![]() |
Bola sepak
(Lelaki) |
Futsal
(Lelaki)[3] |
E-sukan[4] |
![]() |
![]() | |
Bola sepak (Perempuan) | Bola Sepak
(Akademi & skuad kedua) |
Bengaluru Football Club (بى عالورو فووتبالل چلوب) ialah pasukan bola sepak profesional yang berasal dari daerah Bangalore, Karnataka. Kelab ini berlawan di Liga Super India, divisyen tertinggi dalam liga bola sepak India.[5] Kelab ini ditubuhkan pada tarikh 20 Julai 2013,[6] dan memulakan kejohanan musim perdana mereka di Liga India pada 22 September di tahun yang sama, sejak penubuhannya ia telah berjaya memenangi dua gelar Liga India, termasuk di musim pertama mereka, dua Piala Persekutuan,[7] satu gelar Liga Super India, dan sebuah Piala Super. Memandang kepada gelar yang didapat, Bengaluru FC ialah kelab paling berjaya ke-4 di India.
Kelab ini dimiliki dan beroperasi di bawah naungan syarikat asal Mumbai bernama JSW Group dengan pengerusinya iaitu Sajjan Jindal.[8] Bengaluru telah bermain di pangkalan mereka sendiri Stadium Sree Kanteerava sejam awal Musim 2014-15. Meskipun baru bermain empat musim di Liga India, kelab ini diakui luas sebagai contoh yang baik bagi kelab sepak bola India.[9] Bengaluru mendapat pujian dari media dan masyarakat awam sebab mereka membawa semangat profesionalisme baharu dalam bola sepak India, termasuk pembelian alat sukan di padang maupun luar padang yang lengkap bagi menjaga tenaga dan daya tahan pemain.[10]
Pada 22 September 2013, Bengaluru FC memulakan perlawan pertama mereka, dengan hasil seimbang 1–1 melawan Mohun Bagan. Kelab ini kemudian memenangi Liga India di musim perdana dan pada musim 2015–16.[11] Bengaluru memenangi gelar Liga Super India pertama pada musim 2018–19. Mereka juga berjaya memenangi tiga gelar yang lain, iaitu dua Piala Persekutuan pada tahun 2015 dan 2017, selepasnya sebuah Piala Super tahun 2018.
Antara 2015 dan 2018, kelab ini mewakili India dalam kejohanan tingkat benua, bertanding di Piala AFC selama empat musim berturutan. Semasa perlawanan terbaik mereka di Piala AFC 2016, Bengaluru ditewaskan di pentas akhir dengan mata selepas perlawanan 1–0 dari Al-Quwa Al-Jawiya, Iraq.[12][13] Pada 28 September 2019, jurulatih kelab mengisytiharkan bahawa mereka telah berkongsi dengan sebuah kelab dari Liga Perdana Scotland, Rangers.[14] Pada tahun 2022, Bengaluru FC menewaskan Mumbai City dan berjaya memenangi Piala Durani.[15]
|title=
(bantuan)
|title=
(bantuan)