Benjamin Franklin | |
---|---|
Dalam jawatan 18 Oktober 1785 – 1 Disember 1788 | |
Didahului oleh | John Dickinson |
Digantikan oleh | Thomas Mifflin |
Dalam jawatan 1765–1765 | |
Didahului oleh | Isaac Norris |
Digantikan oleh | Isaac Norris |
Dalam jawatan 1778–1785 | |
Dilantik oleh | Kongres Konfederasi |
Didahului oleh | Jabatan baru |
Digantikan oleh | Thomas Jefferson |
Dalam jawatan 1782–1783 | |
Dilantik oleh | Kongres Konfederasi |
Didahului oleh | Jabatan baru |
Digantikan oleh | Jonathan Russell |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Boston, Massachusetts | 17 Januari 1706
Mati | 17 April 1790 Philadelphia, Pennsylvania | (umur 84)
Kewarganegaraan | United Kingdom (lahir), Amerika Syarikat (meninggal) |
Parti politik | None |
Pasangan | Deborah Read |
Bidang pengkhususan | Ahli politik, Ahli sains, Penulis |
Benjamin Franklin (17 Januari [G.L.: 6 Januari 1705[1]] 1706, Boston, Massachusetts – 17 April 1790, Philadelphia, Pennsylvania) adalah seorang tokoh Amerika Syarikat yang terkenal dan telah meninggalkan banyak karya di dalam hidupnya. Franklin adalah orang dengan banyak jenis pekerjaan dan keahlian. Dia adalah seorang wartawan, penerbit, penulis, ahli falsafah politik, ahli politik, negarawan, aktivis masyarakat, ahli sains, diplomat dan pereka sekaligus. Franklin juga adalah salah seorang pemimpin Revolusi Amerika, dan salah seorang bapa pengasas Amerika Syarikat. Kata-katanya banyak yang terkenal dan dikutip orang. Misalnya "masa adalah wang" kemungkinan besar berasal dari dirinya. Kerana dia juga seorang penerbit dan pemilik percetakan, banyak kata-katanya yang masih boleh dibaca orang hingga sekarang kerana dia juga banyak dan rajin menulis. Dia juga terkenal dengan cadangan uji kajinya mengenai elektrik dan kilat (pencipta pengalir kilat). Dia juga merupakan ketua pejabat pos dan pembentuk perpustakaan awam pertama di Amerika, dan orang pertama yang menyusun pasukan bomba di Pennsylvania.
Benjamin Franklin ialah anggota Freemasonry.