Beri menang (Jawi: بري منڠ ; W. O.)[1] ialah istilah yang merujuk kepada kemenangan oleh seorang peserta atau calon kerana tiada peserta lain,[2][3] peserta lain telah hilang kelayakan atau telah dibatalkan atau menarik diri dalam sesuatu pertandingan atau pilihan raya. Ia telah digunakan luas dalam bidang sukan, pilihan raya di sesebuah negara atau konteks yang lain di mana kemenangan dapat dicapai secara lalai.[4] Istilah ini juga dikenali sebagai menang tanpa bertanding atau dalam bahasa Inggerisnya ialah walkover; istilah ini telah digabungkan menjadi satu perkataan pada tahun 1829.[4]