![]() Jata Negeri Sembilan. | |
Lagu Kebangsaan Negeri ![]() | |
Lirik | Tunku Zakaria Mambang |
---|---|
Muzik | Andrew Caldecott |
Diguna pakai | 1911 |
Sampel audio | |
Berkatlah Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan (instrumental) |
![]() |
| ||||
Masalah mendengarkan ? Sila lihat bantuan media. |
Berkatlah Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan adalah lagu kebesaran Negeri Sembilan. Lagunya telah digubah oleh Andrew Caldecott (1884-1951) dan diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Negeri Sembilan pada masa itu, Tuanku Muhammad ibni Tuanku Antah pada tahun 1911.
Lagu negeri ini mendapat gubahan semula yang lebih diperbaharui oleh Tunku Zain Al-‘Abidin iaitu putera kedua Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz[1] dengan kerjasama Orkestra Filharmonik Malaysia serta kumpulan koir dari beberapa sekolah serata negeri tersebut.[1] Gubahan baru ini diperkenalkan sewaktu pertabalan baginda Tuanku Muhriz serta permaisuri baginda Tuanku Aishah Rohani pada awal 2009, dan kemudiannya dirasmikan pada 27 Oktober 2010.[2]
Bahagian Lirik "Musuhnya habis binasa" daripada lagu itu berfungsi sebagai moto untuk pasukan bola sepak negeri, Negeri Sembilan FA.
|dead-url=
ignored (bantuan)